Hukum Gerakan Newton Ketiga

Hukum Newton ketiga menyatakan bahawa,

jika satu objek P mengenakan satu daya, F ke atas satu objek yang lain, maka objek itu akan mengenakan satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud yang sama tetapi pada arah yang bertentangan, iaitu -F ke atas objek A.

Ini bermakna, setiap tindakan daya akan menghasilkan satu daya tindak balas yang mempunyai minat yang sama dalam arah yang bertentangan.

Contoh 1:


Apabila seorang itu menolak dinding dengan satu daya F, dinding itu akan menghasilkan satu daya tindak balas -F. Oleh kerana kedua-dua daya ini mempunyai magnitud yang sama tetapi bertindak dalam arah yang bertentangan, maka lelaki itu adalah adalah dalam keseimbangan daya.

Contoh 2:
Satu bongkah diletak di atas meja. Berat bongkah itu akan mengenakan satu daya W ke atas permukaan meja. Mengikut Hukum Newton Ketiga, satu daya yang bermagnitud |W| tetapi dalam arah yang bertentangan akan dihasilkan.

Ringkasan 3 Hukum Gerakan Newton

Leave a Comment