Tekanan Atmosfera
- Tekanan atmosfera adalah disebabkan oleh perlanggaran molekul molekul udara dalam atmosfera ke atas suatu jasad tertentu.
- Tekanan atmosfera boleh diukur dalam unit atm, mmHg atau Pa.
- Tekanan di paras laut diambil sebagai 1 atm, iaitu kira-kira 760 mmHg atau 101,000 Pa.
Ciri-ciri Tekanan Atmosfera
- Berkurang dengan altitud (Ketinggian dari aras laut)
Semakin tinggi dari aras laut, tekanan atmosfera semakin berkurang. Ini disebabkan oleh ketumpatan udara berkurangan apabila ketinggian bertambah. - Bertindak sama rata ke semau arah
Tekanan atmosfera yang bertindak ke atas suatu titik adalah pada semua arah dengan magnitud yang sama. - Tidak bergantung kepada luas permukaan
Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan suatu jasad, tetapi bergantung kepada ketinggian jasad itu dari aras laut.
Unit-unit yang Digunakan untuk Menukur Tekanan Atmosfera
- Berikut ialah unit-unit yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera
- Pascal (Pa)
1 Pa = 1 N/m² - Tekanan Atmisfera Piawai (atm)
1 atm = Tekanan atmosfera di permukaan laut ( = 101,325 Pa) - mmHg (juga dikenal sebagai torr)
1 mmHg = 1/760 atm. - milibar (Not used in SPM)
- Dalam SPM, biasanya unit cmHg digunakan dan bukan mmHg.