Litar Terbuka/Litar Tertutup

Litar Terbuka

Dalam litar terbuka (semasa suis dimatikan), voltmeter menunjukkan bacaan d.g.e.

Litar Tertutup

Dalam litar tertutup (semasa suis dihidupkan), voltmeter menunjukkan bacaan beza keupayaan merentasi sel.

Dengan adanya rintangan dalam, beza keupayaan merentasi sel sentiasa lebih kecil daripada d.g.e.

Contoh 1:

Rajah di atas menunjukkan satu litar ringkas yang menyambungkan beberapa sel ke perintang. Voltmeter menunjukkan bacaan 5.0V semasa suis dimatikan dan 4.5V ketika suis dihidupkan. Berapakah d.g.e. dan rintangan dalam sel?

Jawapan:
Apabila suis dimatikan, bacaan voltmeter menunjukkan d.g.e. bateri. Oleh itu.

D.g.e. = 5.0V

Apabila suis dihidupkan, bacaan voltmeter menunjukkan beza keupayaan perintang. Oleh itu,

V = 4.5V

Arus yang mengalir melalui perintang,,
I= V/R
I = 4.5/9
I = 0.5A

E=V+Ir
(5.0)=(4.5)+(0.5)r
0.5r=5.0−4.5
0.5r = 0.5
r= 0.5/0.5 =1Ω

Contoh 2:

Diagram (a)
Diagram (b)

Satu sel disambungkan ke litar seperti ditunjukkan dalam rajah (a) Graf dalam rajah (b) menunjukkan perubahan bacaan voltmeter, V melawan masa, t. Sekiranya t adalah masa di mana suis ditutup, cari
(a) D.g.e. Sel
(b) rintangan dalam sel.
Jawapan:
(a) Sebelum suis dihidupkan, bacaan ammeter menunjukkan d.g.e. sel.

Daripada graf, d.g.e. = 3.0V

(b)
D.g.e., E = 3.0V
Beza keupayaan merentasi perintang, V = 2.5V

Arus yang mengalir melalui perintang,
I= V/R
I = 2.5/2 =1.25A

E = V+Ir
(3.0) = (2.5)+(1.25)r
1.25r = 3.0−2.5 = 0.5
r= 0.5/1.25
r = 0.4Ω

Leave a Comment