Pantulan
- Pantulan berlaku apabila gelombang tuju dikenakan ke atas satu pemantul kemudian dipantulkan balik.
- Arah perambatan gelombang berubah ketika dipantulkan.
- Panjang gelombang, frekuensi dan kelajuan gelombang tidak berubah.
- Amplitud gelombang mungkin berubah atau tidak bergantung kepada bahan pemantul dan bentuk muka gelombang.
Pantulan Gelombang Lurus dan Bulat
- Pantulan gelombang mematuhi hukum-hukum pantulan, iaitu
- Sudut tuju sama dengan sudut pantulan
- Gelombang tuju, gelombang terpantul dan normal terletak pada satah yang sama.
- Bagi pantulan gelombang membulat, jarak imej dari pemantul adalah sama dengan jarak sumber gelombang dari pemantul. (Rujuk rajah di bawah)
(Pantulan gelombang satah) |
(Pantulan gelombang membulat) |