Belauan Gelombang Cahaya

Eksperimen Lubang Halus

  1. Cahaya dibelaukan selepas melalui lubang jarum.
  2. Corak belauan terdiri daripada gelang cerah dan gelap yang berselang-seli.

Eksperimen Celah Tunggal

  1. Cahaya dibelaukan jika melalui celah sempit.
  2. Corak belauan terdiri daripada jalur cerah dan jalur gelap dengan kelebaran yang berbeza.
  3. Jalur di pusat adalah lebih lebar dan lebih cerah. Jalur gelap dan cerah berselang-seli yang lebih sempit kelihatan di sebelah kiri dan kanan.
  4. Corak belauan yang diperoleh adalah lebih jelas sekiranya saiz celahnya berkurang.
  5. Syarat-syarat untuk belauan cahaya berlaku:
    1. sumber cahaya mestilah monokromatik, iaitu, cahaya yang mempunyai satu panjang gelombang.
    2. saiz celah mestilah cukup kecil jika dibandingkan dengan panjang gelombang cahaya.

Faktor yang mempengaruhi corak belauan

Faktor-faktor yang mempengaruhi jarak di antara jalur-jalur cerah adalah

  1. Saiz celah
  2. Warna cahaya
  3. Jarak skrin dari celah

Eksperimen 1
Kesan zaiz celah pada corak ebelauan

Kesimpulan:
Semakin kecil saiz celah, semakin besar kesan belauan.

Eksperimen 2
Kesan warna cahaya pada corak belauan

Kesimpulan:
Semakin besar panjang gelombang, semakin besar kesan belauan.
(Dalam spektrum cahaya, lampu merah mempunyai panjang gelombang yang paling panjang sementara cahaya ungu mempunyai panjang gelombang paling pendek.)

Eksperimen 3
Kesan jarak skrin dari celah pada corak belauan

Kesimpulan:
Semakin jauh skrin dari celah, semakin jauh jarak antara jalur cerah yang terbentuk di atas skrin.

Leave a Comment