Soalan Berstruktur – Osiloskop Sinar Katod

Rajah \(4.1\) menunjukkan satu tompok cerah, P, terbentuk pada skrin osiloskop sinar katod, O.S.K., apabila suis dihidupkan.

  1. Apakah maksud sinar katod? [1 markah]

    Pancaran elektron pada kelajuan tinggi. 
  2. Terangkan bagaimana tompok cerah itu terbentuk pada skrin O.S.K. itu. [2 markah ]
    Apabila elektron menghentam skrin berpendafluor; skrin itu menyala dan membentuk satu tompok cahaya. Tenaga kinetik elektron bertukar kepada tenaga cahaya.
  3. Rajah \(4.2\) menunjukkan tompok cerah itu disesarkan kepada Q apabila bekalan arus terus, a.t., disambungkan kepada input-Y bagi O.S.K. itu.

Gandaan-Y bagi O.S.K. itu dilaraskan pada \(2 V /\) bahagian. Hitung voltan input bagi bekalan a.t. itu. [2 markah]

Voltan output
\[
\begin{aligned}
&=2 V +2 V \\
&=4 V
\end{aligned}
\]

  1. Rajah \(4.3\) menunjukkan bekalan arus ulang-alik, a.u,, disambungkan kepada O.S.K. itu. Gandaan-Y bagi O.S.K. itu dikekalkan pada \(2 V /\) bahagian.

Lukis isyarat output pada skrin di Rajah \(4.3\) apabila voltan puncak bekalan a.u. ialah \(6 V\) dan dasar masa dimatikan. [2 markah]