Penggunaan Logam yang Kurang Elektropositif
- Penyaduran besi dengan satu lapisan nipis logam yang kurang elektropositif seperti timah, perak atau tembaga akan menghalang besi di bawahnya daripada bertindak balas dengan air dan udara, dan seterusnya mencegah besi daripada berkarat.
- Bagaimanapun, besi yang berkarat akan berlaku lebih cepat jika lapisan pelindung tercalar. Ini kerana besi lebih elektropositif berbanding dengan timah, perak atau tembaga. Penyaduran besi dengan timah banyak digunakan dalam pembuatan makanan dalam tin.
Penggunaan Logam yang Lebih Elektropositif
- Logam yang lebih elektropositif digunakan sebagai logam korban untuk menghalang kakisan pada logam yang kurang elektropositif. Logam yang lebih elektroforik terkakis dan bertindak sebagai anod.
- Logam yang kurang elektropositif bertindak sebagai katod dan dilindungi dari terkakis. Kaedah ini dikenali sebagai perlindungan katod atau perlindungan elektrokimia.
Tutup Dengan Cat, Minyak atau Gris
- Lapisan cat, minyak/gris, atau plastik digunakan untuk menghalang permukaan besi daripada bersentuhan dengan udara dan air di atmosfera. Oleh itu, pengaratan boleh dielakkan.
- Sebagai contoh,
- Perlindungan oleh lapisan cat biasanya digunakan untuk objek besi dan keluli seperti kereta, kapal, jambatan dan lain-lain yang tidak mengalami geseran semasa penggunaan.
- Perlindungan oleh lapisan minyak/gris digunakan untuk sebahagian jentera yang bergerak.
- Perlindungan oleh plastik digunakan untuk barangan harian di rumah seperti penggantung pakaian dan pagar.
- Pengaloian besi juga boleh mencegah karat. Sebagai contoh, pengaloian besi dengan kromium dan nikel membentuk keluli tahan karat. Lapisan kromium oksida yang keras, kuat dan sukar untuk retak pada permukaan aloi besi menghalang besi daripada berkarat.