- Kedudukan hidrogen dalam siri reaktiviti logam juga boleh ditentukan berdasarkan keupayaannya untuk menggantikan satu logam daripada oksida logamnya.
- Sekiranya hidrogen lebih reaktif daripada logam, ia dapat menggantikan logam itu daripada oksida logamnya, dan menrunkan oksida logam itu kepada logamnya.
Hidrogen + logam oksida → logam + air - Sebaliknya, jika hidrogen tidak dapat menyesarkan satu logam daripada oksida logamnya, maka hidrogen adalah kurang reaktif daripada logam itu dalam siri reaktiviti logam.
- Hidrogen boleh menurunkan ferum(II) oksida, Fe2O3 untuk membentuk ferum, Fe dan air.Fe2O3 + 3H2 → 2Fe + 3H2O
- Walau bagaimanapun, hidrogen tidak dapat menurunkan zink oksida, ZnO.
- Oleh itu hidrogen berada di bawah zink tetapi di atas ferum dalam siri kereaktifan logam.
- Rajah di bawah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan.
- Carta di bawah menunjukkan kedudukan karbon dan hidrogen dalam siri kereaktifan logam berkenaan keupayaan mereka untuk menarik oksigen menjadi oksida.