Pantulan

Pantulan

  1. Pantulan berlaku apabila gelombang tuju dikenakan ke atas satu pemantul kemudian dipantulkan balik.
  2. Arah perambatan gelombang berubah ketika dipantulkan.
  3. Panjang gelombang, frekuensi dan kelajuan gelombang tidak berubah.
  4. Amplitud gelombang mungkin berubah atau tidak bergantung kepada bahan pemantul dan bentuk muka gelombang.

Pantulan Gelombang Lurus dan Bulat

  1. Pantulan gelombang mematuhi hukum-hukum pantulan, iaitu
    1. Sudut tuju sama dengan sudut pantulan
    2. Gelombang tuju, gelombang terpantul dan normal terletak pada satah yang sama.
  2. Bagi pantulan gelombang membulat, jarak imej dari pemantul adalah sama dengan jarak sumber gelombang dari pemantul. (Rujuk rajah di bawah)

(Pantulan gelombang satah)
(Pantulan gelombang membulat)

Leave a Comment