Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri - Penyaduran Logam
- Penyaduran ialah proses yang dijalankan untuk menyalut permukaan suatu alat logam dengan suatu lapisan logam lain yang nipis dan sekata.
- Tujuan utama penyaduran ialah:
- Mencegah kakisan. Contohnya kromium dan nikel disadurkan kepada besi untuk mengelakkan besi daripada berkarat.
- Menambah kecantikan. Contohnya logam yang tidak cantik permukaannya disadurkan dengan emas atau platinum untuk menambahkan kecantikannya.
- Dalam proses penyaduran logam
- Logam penyadur dijadikan sebagai anod.
- Logam disadur dijadikan katod.
- Elektrolit mesti mengandungi ion-ion logam penyadur
Contoh: Penyaduran Kunci dengan Logam Kuprum
- Sebatang kunci besi dibersihkan dengan kertas pasir dan dijadikan sebagai katod.
- Rod kuprum dijadikan sebagai anod.
- Larutan kuprum(II) sulfat dijadikan sebagai elektrolit.
- Kedua dua anod dan katod disambungkan kepada punca elektrik.
- Arus elektrik kecil digunakan untuk penyaduran yang perlahan untuk mendapatkan lapisan yang rata dan kuat.
Elektrolit:
Kuprum(II) sulfat
CuSO4 —> Cu2+ + SO42-
Elektrod:
Anod: Kuprum
Katod: Kunci (Objek disadur)
Tindakbalas Kimia
Anod:
Cu —> Cu2+ + 2e
Di anod kuprum terlarut di dalam elektrolit. Atom-atom kurpum diionkan dan ion-ion Cu2+ dibebaskan.
Katod
Cu2+ —> Cu + 2e
Di katod, ion-ion Cu2+ dinyahcas untuk membentuk atom-atom kuprum. Logam kuprum terbentuk sebagai lapisan pada sudu besi.
Nota Tambahan
Untuk mendapatkan lapisan penyadur yang rata dan kuat (kekal dan tahan):
(a) Permukaan objek yang disadur dibersihkan dengan kertas pasir.
(b) Arus elektrik yang kecil dan proses penyaduran elektrik dijalankan perlahan-lahan.
(c) Objek yang disadur diputar secara perlahan-lahan semasa elektrolisis dijalankan.