Pada pagi itu, Nabila ke dapur. Nabila melihat ibunya sedang menyediakan sandwic telur. Abangnya pula membancuh air teh. Selepas itu, mereka sekeluarga duduk di meja makan untuk sarapan.
“Wah, enaknya sandwic telur ini! Ada sayur-sayuran di dalam sandwic ini. Rotinya juga sangat lembut,” kata Nabila.
Puan Zainab tersenyum melihat gelagat anaknya. “Kita mesti makan makanan seimbang yang berkhasiat. Untuk pengetahuan kamu, sandwic telur ini makanan yang berkhasiat kerana mengandungi zat-zat penting seperti karbohidrat, protein, dan vitamin,” kata ibunya.
“Mengapakah kita perlu sarapan pada setiap pagi?” tanya Nabila.
“Kita perlu sarapan pada setiap pagi supaya tubuh bertenaga untuk melakukan tugas-tugas harian dengan lancar. Jika tiada tenaga, tubuh kita akan berasa lemah,” jelas abang Nabila pula.
“Mulai hari ini, Nabila akan sarapan pada setiap hari sebelum ke sekolah. Apabila Nabila cergas, Nabila dapat memberikan tumpuan ketika belajar,” kata Nabila.
Selepas makan, Nabila membantu ibunya mengemas dapur. Nabila mengelap meja makan. Nasri pula membasuh pinggan. Mereka berdua ringan tulang.
0 of 10 Questions completed
Questions:
You have already completed the quiz before. Hence you can not start it again.
Quiz is loading…
You must sign in or sign up to start the quiz.
You must first complete the following:
0 of 10 Questions answered correctly
Your time:
Time has elapsed
You have reached 0 of 0 point(s), (0)
Earned Point(s): 0 of 0, (0)
0 Essay(s) Pending (Possible Point(s): 0)
Pos. | Name | Entered on | Points | Result |
---|---|---|---|---|
Table is loading | ||||
No data available | ||||
Nabila dan keluarganya makan sarapan di dalam bilik makan.
Sandwic telur mengandungi karbohidrat, protein, dan vitamin.
Puan Zainab tidak setuju dengan Nabila tentang pentingnya sarapan.
Menurut abang Nabila, sarapan membantu memberi tenaga untuk aktiviti harian.
Selepas sarapan, Nabila membantu Nasri mengemas dapur.
Apa yang disediakan ibu Nabila pada pagi itu?
Mengapa sandwic telur dianggap makanan yang berkhasiat?
Mengapa kita perlu sarapan pada setiap pagi?
Apa yang Nabila janjikan untuk dilakukan setelah sarapan pada setiap hari?
Apa yang dilakukan Nabila dan Nasri selepas makan?