- Superkonduktor ialah bahan di mana rintangannya jatuh ke hampir sifar di bawah takat suhu yang tertentu.
- Heike Kamerlingh Onnes ialah orang pertama untuk menemui bahawa rintangan merkuri jatuh secara mendadak ke satu nilai yang rendah apabila disejukkan ke 4.2 K.
- Rintangan suatu superkonduktor pada suhu gentingnya ialah sekurang-kurangnya 1012 kali lebih rendah daripada rintangannya pada suhu bilik.
- Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh bertukar menjadi superkonduktor.
- Setiap daripadanya mempunyai suhu genting masing-masing.
- Superkonduktor “bersuhu tinggi” telah ditemui tetapi suhu gentingnya masih sekitar 123 K.
- Superkonduktor adalah sangat berguna kerana boleh menghantar arus elektrik tanpa kehilangan tenaga.