Pemahaman 2

Puan Hajah Salmah, nenek kepada Syakirah dan Syamil, mempunyai kedai nasi kukus. Semasa cuti sekolah, Syakirah dan Syamil akan mengikut ibu mereka ke kedai nenek. Mereka membantu nenek di kedai tersebut.

Sebelum kedai nenek dibuka, mereka membersihkan kedai nenek. Syakirah menyapu sampah, manakala Syamil pula menyusun kerusi dan meja dengan kemas. Nenek mempunyai dua cawangan kedai nasi kukus, iaitu di Shah Alam dan Putrajaya. Pada hari itu, nenek mengadakan promosi nasi kukus sempena sambutan Hari Merdeka. Ramai pelanggan datang ke kedai nenek.

Nenek melayan pelanggannya dengan mesra sekali. Syakirah mengambil pesanan daripada pelanggan. Syamil pula menghantar air ke meja pelanggan. Di kaunter bayaran, ibu sedang melayan pelanggan yang hendak membuat bayaran. Nenek berasa gembira apabila melihat setiap anggota keluarganya saling membantu di gerai itu.