Pemahaman 4

Pada pagi itu, ibu bapa Hanif baru pulang dari pasar tani. Ibunya membeli buah-buahan.

“Wah, banyaknya buah-buahan yang ibu beli! Ada buah oren, epal, pisang, dan tembikai,” kata Hanif.

“Tolong letakkan buah-buahan ini di atas meja di dapur,” arah ibu.

“Baiklah, ibu,” kata Hanif Ialu membawa buah-buahan itu ke dapur.

“Kita mesti makan buah-buahan kerana banyak kebaikannya kepada tubuh kita,” kata ibu.

“Apakah khasiat buah-buahan ini, ibu?” tanya Hanif.

“Buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis vitamin dan serat. Vitamin dan serat ini berupaya meningkatkan ketahanan tubuh dan dapat melancarkan proses pencernaan,” jelas ibunya sambil tersenyum.

“Oh, barulah saya tahu kebaikan vitamin dan serat! Saya gemar makan buah oren dan tembikai, ibu” kata Hanif.

“Mengapakah kamu gemar makan buah oren dan tembikai?” tanya ibu.

“Buah oren rasanya enak, manakala buah tembikai dapat menghilangkan dahaga. Ibu, minta buatkan jus tembikai untuk saya,” kata Hanif dengan teruja.

“Baiklah, Hanif. Ibu akan buatkan jus tembikai untuk kita sekeluarga. Buah tembikai kaya dengan vitamin A dan C,” kata ibu.