Pencairan Larutan Piawai
- Pencairan ialah proses mendapat larutan yang lebih cair dengan menambahkan air ke dalam larutan yang lebih pekat
- apabila suatu larutan dicairkan isipadu pelarut bertambah tetapi kepekatan larutan berkurang
- bilangan mol zat terlarut dalam larutan sebelum dan selepas pencairan tidak berubah kerana tiada zat terlarut ditambahkan ke dalam larutan itu.
- Hubungan di antara kepekatan dan isi padu sebelum larutan dicairkan dengan kepekatan dan isi padu selepas larutan dicairkan boleh dirumuskan seperti berikut:
Bilangan mol zat terlarut sebelum dicairkan
= Bilangan mol zat terlarut selepar dicairkan
Oleh itu M1V1/1000 = M2V2/1000 M1V1 = M2V2
Soalan-soalan Pengiraan
Soalan-soalan yang melibatkan pencairan larutan boleh diselesaikan dengan menggunakan rumus berikut :
Contoh:
25 cm3 larutan asid nitrik 0.5 mol/dm3 di campurkan dengan air suling untuk menghasilkan 100 cm3 larutan. Berapakah kemolaran larutan asid nitrik selepas dicairkan.
Jawapan:
123
25 cm3 larutan asid nitrik 0.5 mol/dm3 di campurkan dengan air suling untuk menghasilkan 100 cm3 larutan. Berapakah kemolaran larutan asid nitrik selepas dicairkan.
Jawapan:
123
Contoh:
Hitungkan isipadu larutan kalium hidroksida 1.0 mol/dm3 yang harus dicairkan dengan air suling untuk menghasilkan 500 cm3 larutan kalium hidroksida 0.2 mol/dm3.
Jawapan:
123
Hitungkan isipadu larutan kalium hidroksida 1.0 mol/dm3 yang harus dicairkan dengan air suling untuk menghasilkan 500 cm3 larutan kalium hidroksida 0.2 mol/dm3.
Jawapan:
123
Contoh:
20.0 cm3 asid sulfurik 49g/dm3 Dicairkan dengan air suling. berapakah isipadu air suling telah ditambahkan untuk menghasilkan asid sulfurik dengan kemolaran 0.2M?
[JAR: S=32; O=16; H=1]
Jawapan:
123