Hukum Kegravitian Semesta Newton
Daya Graviti Antara Dua Jasad dalam Alam Semesta
- Daya graviti ialah daya tarikan yang wujud di antara semua objek di alam semesta.
- Rajah di atas menunjukkan dua objek berjisim \(m_{1}\) dan \(m_{2}\). Jarak pemisahan antara dua objek itu ialah \(r .\) dan daya graviti yang bertindak antara dua objek ditanda\(F\).
- Menurut Hukum Kegravitian Semesta Newton, daya graviti, \(F\) antara dua objek itu adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua objek. Iaitu
\[
F \propto m_{1} \times m_{2} \ldots \ldots \ldots \text { (1) }
\] - Daya graviti, \(F\) ini juga berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara pusat objekobjek tersebut.
\[
F \propto \frac{1}{r^{2}} \ldots \ldots \ldots \text { (2) }
\] - Menggabungkan (1) dan (2), kita akan dapati bahawa
\[
F \propto \frac{m_{1} \times m_{2}}{r^{2}}
\]
Maka,
\[
F=G \frac{m_{1} \times m_{2}}{r^{2}}
\]
di mana \(G=\) pemalar kegravitian semesta
\[
=6.67 \times 10^{-11} Nm ^{2} kg ^{-2}
\] - Formula ini merupakan formula bagi Hukum Kegravitian Semesta Newton.