Revision Notes
- Haba peneutralan ialah tenaga haba dibebaskan apabila asid bertindak balas dengan bes dan menghasilkan satu mol air. Semua pengukuran dibuat dalam keadaan piawai.
- Contoh haba tindak balas peneutralan ialah perubahan haba yang diperoleh dalam tindak balas antara natrium hidroksida dan asid hidroklorik. Persamaan bagi tindak balas ini ialah
∆H = -57 kJ mol-1
Contoh-Contoh Tindak Balas Peneutralan
Persamaan | Persamaan Setengah |
HCl + NaOH → NaCl + H2O | H+(aq) + OH–(aq) → H2O(l) |
H2SO4 + 2KOH → K2SO4 + 2H2O | H+(aq) + OH–(aq) → H2O(l) |
CH3COOH + NaOH → CH3COONa +H2O | H+(aq) + OH–(aq) → H2O(l) |
2HNO3 + Ba(OH)2 → Ba(NO3)2 + 2H2O | H+(aq) + OH–(aq) → H2O(l) |
- Haba peneutralan asid kuat dengan alkali kuat hampir sama bagi semua asid dan alkali. Ini kerana tindak balas yang sama selalu berlaku. Tindak balasnya ialah H+(ak) + OH–(ak) → H2O(c)
- Perubahan haba tindak balas peneutralan dipengaruhi oleh 3 faktor:
- Kuantiti asid dan alkali
- Kebesan asid dan alkali
- Kekuatan asid dan alkali
Contoh:
Satu eksperimen dijalankan dengan menambahkan 25cm3 natrium hidroksida 0.5 mol/dm³ ke dalam 25 cm³ asid nitrat cair 0.5 mol/dm³. Hitung perubahan suhu campuran itu. [Muatan haba tentu larutan = = 4.2 Jg-1 ° C-1, ketumpatan larutan = 1 g / cm³]
Jawapan:
Bilangan mol NaOH,
\[\begin{gathered}
n = \frac{{MV}}{{1000}} \hfill \\
n = \frac{{(0.5)(25)}}{{1000}} \hfill \\
n = 0.125mol \hfill \\
\end{gathered} \]
Bilangan mol HNO3,
\[\begin{gathered}
n = \frac{{MV}}{{1000}} \hfill \\
n = \frac{{(0.5)(25)}}{{1000}} \hfill \\
n = 0.125mol \hfill \\
\end{gathered} \]
Bilangan mol air dihasilkan = 0.0125mol
Kuantiti haba dibebaskan,
Q = 0.0125 x 57,000J = 712.5J
Jsim larutan,
m = 25 + 25 = 50 cm³
Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1°C-1
Q = mcθ
712.5 = 50(4.2)θ
θ = 3.4°