Bes
Apa Itu Bes?
- Bes ditakrifkan sebagai sebatian kimia yang boleh bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air.
- Tindak balas antara bes dengan asid itu dikenal sebagai tindak balas peneutralan.
- Contoh-contoh bes termasuk semua oksida logam dan hidroksida logam. Misalnya, kuprum(II) oksida, ferum(III) oksida, dan magnesium hidroksida.
- Semasa sesuatu bes meneutralkan sesuatu asid, ion O2- atau ion OH– daripada bes akan meneutralkan ion H+ dariapda asid untuk membentuk air.
\[\begin{gathered}
{O^{2 – }} + 2{H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
O{H^ – } + {H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
\end{gathered} \] - Jadi, bes ialah penerima ion H+ atau penerima proton, manakala asid ialah penderma ion H+ atau penderma proton.
Perbezaan antara Bes dengan Alkali
- Kebanyakan bes tidak larut dalam air.
- Bes yang larut dalam air dikenali sebagai alkali.
- Alkali ditakrifkan sebagai larutan akueus yang mengandungi ion-ion hidroksida, OH- yang bebas bergerak dalam air.
Contoh-contoh alkali ialah- kalium hidroksida,
- natrium hidroksida,
- larutan ammonia.
- Semua alkali adalah bes.
- Bes yang tidak larut dalam air akan kekal sebagai bes. contohnya, pepejal ferum(II) oksida dan ferum(II) hidroksida.
Sifat-Sifat Fizik Alkali
- Alkali mempunyai sifat sifat fizik berikut
- rasa pahit
- licin
- nilai pH lebih daripada 7
- mengubah warna kertas litmus merah kepada biru
- mengkonduksikan arus elektrik