Minyak Sawit

Kelebihan Menggunakan Minyak Sawit

  1. Kelebihan menggunakan minyak kelapa sawit adalah seperti berikut.
    1. Minyak sawit biasanya digunakan dalam pelbagai jenis makanan
    2. Baik untuk diet manusia
    3. Murah
  2. Kepentingan industri minyak sawit kepada negara kita
    1. Menyumbang ke arah perniagaan global
    2. Peluang pekerjaan
    3. Mengurangkan kos sara hidup

Pengekstrakan Minyak Sawit Dalam Industri

  1. Berikut ialah langkah-langkah dalam pengekstrakan minyak kelapa sawit daripada buah sawit.
    1. Pensterilan
      Membunuh kulat dan bakteria yang merosakkan buah kelapa sawit. Buah sawit disterilkan pada suhu 140 ° C selama 60 minit.
    2. Pengasingan:
      Pemisahan buah kelapa sawit dari tandan.
    3. Pencernaan:
      Sel-sel minyak dalam buah kelapa sawit dipecahkan di dalam satu bekas yang dipanaskan dengan stim.
    4. Pemerahan
      Minyak diperah daripada buah kelapa sawit dengan pemerah hidraulik.
    5. Penulenan
      Pepejal disingkirkan dari minyak.

Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu

  1. Molekul lemak tepu ialah molekul di mana asid lemaknya hanya mengandungi ikatan kovalen karbon tunggal (- C – C -).
  2. Molekul lemak tak tepu ialah molekul yang mengandungi asid lemak yang mempunyai ikatan kovalen tunggal (- C – C -) dan ikatan ganda dua (- C = C -) di antara atom-atom karbon dalam rantaian hidrokarbonnya.
  3. Lemak tak tepu boleh ditukar kepada lemak tepu apabila bertindak balas dengan gas hidrogen pada suhu 180° dengan kehadiran nikel sebagai pemangkin.
  4. Tindak balas ini ialah tindak balas penambahan.
  5. Proses ini digunakan dalam pembuatan marjerin.
    Jadual di bawah meringkaskan perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu.

Lemak tepuLemak tak tepu
Terdiri daripada asid lemak tepu. Asid lemak tepu tidak mempunyai ikatan berganda antara atom karbon dalam rantai asid lemak.Terdiri daripada asid lemak tak tepu, yang mengandungi satu atau lebih ikatan berganda dalam rantai asid lemak.
Titik lebur yang lebih tinggi.Takat lebur yang lebih rendah.
Wujud sebagai pepejal pada suhu bilik.Wujud sebagai cecair pada suhu bilik.
Tidak boleh dihidrogenkan.Boleh dihidrogenkan.
Kandungan kolesterol tinggiTiada kolesterol

Lemak

  1. Minyak dan lemak tergolong dalam sekumpulan sebatian organik yang dikenali sebagai lipid.
  2. Minyak dan lemak ialah ester semulajadi.
  3. Lemak terdapat pada haiwan.
  4. Minyak yang terdapat dalam kedua-dua haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Struktur Molekul

Perbezaan antara Minyak dan Lemak

  1. Lemak adalah pepejal pada suhu bilik manakala minyak adalah cecair pada suhu bilik.
  2. Takat lebur lemak lebih tinggi daripada takat lebur minyak.