- Daya ialah tolakan atau tarikan yang dikenakan ke atas satu objek.
- Daya ialah kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah.
- Unit daya ialah Newton (atau kgms-2).
Daya tidak Seimbang/ Daya Paduan
- Jika daya-daya yang dikenakan ke atas suatu objek adalah tidak seimbang, maka wujudlah satu daya bersih yang bertindak ke atas objek itu. Daya bersih itu dikenali sebagai daya paduan.
- Daya yang dikenakan ke atas satu objek boleh mengubah
- saiz,
- bentuk,
- keadaan rehat,
- halaju, dan
- arah gerakan
- objek itu.