Haba Pemendakan

  1. Haba pemendakan ialah perubahan tenaga apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ionnya.
  2. Tindak balas pemendakan berlaku apabila dua larutan yang mengandungi kation dan anion bagi satu garam tidak larut dicampur bersama.
  3. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas penguraian berganda dan digunakan untuk menyediakan garam yang tidak larut.
  4. Haba pemendakan adalah perubahan tenaga apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ionnya.
  5. Bagi haba pemendakan, ia mungkin satu tindak balas eksotermik atau endotermik.
  6. Contoh di bawah menunjukkan bagaimana haba pemendakan dapat dikira dari hasil eksperimen.

Contoh:
Dalam satu eksperimen untuk mencari haba pemendapan magnesium karbonat, 25 cm³ magnesium nitrat 2.0 mol/dm³ ditambahkan ke dalam 25 cm³ larutan natrium karbonat, 2.0 mol dm³ dalam satu bekas. Suhu larutan menurun sebanyak 6 ° C. Berapakah haba pemendakan magnesium karbonat? [Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 ° C-1 ; Ketumpatan larutan = 1 g/cm³]

Jawapan:

Langkah 1: Persamaan tindak balas
Mg(NO3)2  + Na2CO3 → MgCO+ 2NaNO3
Langkah 2:
Bilangan mol Mg(NO3)2

\[\begin{gathered}
n = \frac{{MV}}{{1000}} \hfill \\
n = \frac{{(2.0)(25)}}{{1000}} \hfill \\
n = 0.05mol \hfill \\
\end{gathered} \]

Bilangan mol Na2CO3 dalam larutan

\[\begin{gathered}
n = \frac{{MV}}{{1000}} \hfill \\
n = \frac{{(2.0)(25)}}{{1000}} \hfill \\
n = 0.05mol \hfill \\
\end{gathered} \]

Bilangan mol magnesium karbonat terbentuk = 0,05 mol

Langkah 3
Kuantiti haba yang dibebaskan
= mcθ
= (25+25)(4.2)(6)
= 1260J
Langkah 4

Haba pemendakan magnesium karbonat

\[\begin{gathered}
\Delta H = \frac{{{\text{Perubahan haba}}}}{{{\text{Bilangan mol mendakan terbentuk}}}} \hfill \\
= \frac{{1260}}{{0.05}} \hfill \\
= 25200Jmo{l^{ – 1}} = 25.2kJmo{l^{ – 1}} \hfill \\
\end{gathered} \]

Leave a Comment