Medan Elektrik
- Medan elektrik dihasilkan di kawasan sekitar objek yang bercas.
- Suatu medan elektrik mengenakan daya pada cas yang lain walaupun tidak bersentuhan.
- Magnitud daya tersebut semakin berkurang apabila jarak antara cas itu dengan sumber medan elektrik semakin bertambah.
- Medan elektrik adalah satu kawasan di mana zarah/objek bercas mengalami daya elektrik.
- Medan elektrik diwakili oleh garis-garis dengan anak panah yang dinamakan sebagai garis medan elektrik.
- Arah medan pada suatu titik ditentukan oleh arah daya elektrik yang dikenakan pada cas positif yang diletakkan pada titik itu.
![](http://4.bp.blogspot.com/-KlIbK6Oayj8/UhTZf08w3AI/AAAAAAAACrk/g3CYx0I1kfc/s320/Picture5.png)
- Rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh corak bidang yang perlu anda ketahui dalam sukatan pelajaran SPM.
- Garis medan elektrik mempunyai ciri-ciri berikut:
- Garis medan keluar dari objek yang bercas positif dan msuk ke dalam objek yang bercas negatif.
- Garis-garis medan tidak akan bersilang.
- Garis medan sentiasa berserenjang dengan permukaan objek bercas.
- Garis medan mempunyai ketumpatan yang paling tinggi (garis paling rapat) di tempat yang mempunyai keamatan cas yang tinggi.
![](http://3.bp.blogspot.com/-Srn9nEG2fdg/UhTZiBNCogI/AAAAAAAACrs/ZWe94X6Rf7Q/s640/Picture4.png)