Muatan haba tentu, c suatu bahan ialah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak 1°C.
- Muatan haba tentu ialah kuantiti fizik yang digunakan untuk membanding muatan haba bagi suatu bahan jika jisimnya adalah sama.
- Ia adalah satu pengukuran tentang berapa banyak tenaga haba boleh disimpan dalam 1kg bahan tertentu untuk mengubah suhunya sebanyak 1°C.
- Muatan haba tentu (c), ditakrifkan sebagai tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak 1°C.
- Dalam bentuk matematik, ini ditulis sebagai
[Q = tenaga haba, c = muatan haba tentu, m = jisim, θ = perubahan suhu]
- Unit SI bagi muatan haba tentu ialah J/kg/°C.
- Contohnya, muatan haba tentu bagi air ialah 4200 J/kg/°C. Ini bermakna 4200J tenaga haba diperlukan untuk mengubah suhu 1kg air sebanyak 1°C.
- Pemindahan tenaga haba di dalam satu objek apabila suhunya berubah dapat dihitungkan dengan menggunakan persamaan berikut: