Pembiasan dalam Kehidupan Harian
- Kesan pembiasan menyebabkan pinggir laut yang berhampiran dengan tanjung berbatu sementara laut yang dekat dengan teluk berpasir.
- Di tengah laut, muka gelombang adalah lurus.
- Bentuk lurus ini disebabkan oleh kedalaman air yang hampir sama.
- Apabila gelombang bergerak mendekati pantai, permukaan gelombang mulai melengkung dan mengikut topografi garis tepi pantai akibat kesan pembiasan.
- Di bahagian teluk, tenaga menyebar ke kawasan yang lebih luas, menyebabkan amplitudnya berkurang.
- Di bahagian tanjung, tenaga gelombang ditumpukan ke kawasan yang lebih kecil. Akibatnya amplitud gelombang meningkat.