Pengoksidaan dan Penurunan dari Segi Penerimaan dan Kehilangan Oksigen atau hidrogen
- Pengoksidaan ialah proses penambahan oksigen. Satu bahan dikatakan mengalami pengoksidaan apabila ia menerima oksigen. Contohnya
(Magnesium dioksidakan kepada magnesium oksida.)
- Pengoksidaan juga ditakrifkan sebagai proses yang melibatkan kehilangan hidrogen. Satu bahan dikatakan mengalami pengoksidaan apabila ia menghilang hidrogen. Contohnya
(Hidrogen sulfida menghilang hidrogen dan dioksidakan kepada sulfur.)
- Penurunan ialah proses kehilangan oksigen. Satu bahan dikatakan mengalami penurunan apabila ia menghilang oksigen. Contohnya
(Kuprum(II) oksida menghilang oksigen dan diturunkan kepada logam kuprum.)
- Penurunan juga ditakrifkan sebagai proses penerimaan hidrogen. Satu bahan dikatakan mengalami penurunan apabila ia menerima hidrogen. Contohnya
(Klorin menerima hidrogen dan diturunkan kepada hidrogen klorida).