Jangka Masa Detik
- Jangka masa detik ialah satu alat yang digunakan dalam makmal untuk menentukan halaju dan pecutan sesuatu objek yang bergerak.
- Sumber kuasa yang digunakan oleh alat ini adalab arus ulangalik berfrekuensi 50 Hz. Apabila ia dihidupkan, jalur besi akan bergetar pada 50 kali sesaat.
- Rajah di bawah menunjukkan satu potongan pita detik dengan 5 detik padanya.
- Titik (dot) ialah titik hitam yang ditandakan pada pita detik hasil daripada getaran penggetar pada cakera karbon.
- Satu detik (tick) ialah satu sela masa di antara dua titik yang berturutan di atas pita detik.
- Misalnya dalam Rajah di atas, potongan pita detik itu mengandungi 6 titik dan 5 detik.
- Jika penggetar bergetar 50 kali sesaat, masa bagi satu detik adalah bersamaan dengan 1/50 saat, iaitu 0.02 saat.
Contoh:
Nyatakan bilangan detik bagi keratan pita detik berikut, seterusnya hitungkan masa yang dilalui oleh keratan pita detik itu jika arus ulang alik 50Hz digunakan.
a.
b.
c.
Jawapan:
a. Bilangan detik = 15, jangka masa = 15 x 0.02s = 0.3s
b. Bilangan detik = 5, jangka masa = 5 x 0.02s = 0.1s
c. Bilangan detik = 8, jangka masa = 8 x 0.02s = 0.16s
Jarak Di Antara Titik-tike Atas Pita Detik
- Jarak di antara 2 titik dalm satu pita detik berturutan menunjukkan sesaran susuatu objek dalam satu detik.
- Jika objek itu bergerak pantas, jarak di antara titik-titik adalah berjauhan. Jika objek itu bergerak dengan perlahan, titik-titik itu adalah rapat antara satu sama lain.
- Rajah di bawah menunjukkan 2 pita detik yang yang dihasilkan oleh pergerakan dengan halaju rendah dan halaju tinggi..
Carta Pita Detik
- Jika kita memotong pita detik bagi satu gerakan dengan setiap keratan pita detik mempunyai bilang detik yang sama, kemudian melekatkan keratan pita-pita detik itu di atas sehelai kertas graf, maka ia akan menjadi satu carta graf.
- Rajah di bawah menunjukkan satu contoh carta jangka masa detik. Setiap pita detik mewakili masa pergerakkan 0.2s. Ini bermakna setiap keratan mewakilli satu jangka masa 0.2s.
- Carta jangka masa detik adalah amat berguna untuk menganalisa gerakan sesuatu objek.
Menganalisa Jangka Masa Detik
Halaju seragam- Jarak di antara semua dot adalah seragam.
- Setiap keratan pita detik mempunyai panjang yang sama.
- Ini bermakna oibek ini bergerak dengan halaju seragam
- Jarak di antara titik bertambah dengan seragam.
- Panjang pita detik juga bertambah dengan seragam.
- Ini menunjukkan halaju objek itu juga bertambah dengan seragam.
- Objek itu bergerak dengan pecutan seragam.
Nyahpecutan Seragam
- Jarak di antara titik berkurang dengan seragam.
- Panjang keratan pita detik juga menurun dengan seragam.
- Ini menunjukkan halaju objek itu juga menurun dengan seragam.
- Objek itu bergerak dengan nyah pecutan seragam.
Recommended Videos
Ticker tape Demo_2
Demonstration of how what is a ticker tape timer, how it works and how to set it up.
External Link
Physics Phenomena – Ticker Tape
Physics Classroom – Ticker tape Diagram
Interactive Animation
Using Ticker Tapes to Analyse Motion – Flash Presentation