Menentukan Pecutan daripada Pita Detik

Mencari Pecutan

Pecutan suatu gerakan dapat ditentukan oleh jangka masa detik dengan menggunakan persamaan berikut:
\[{a = \frac{{v – u}}{t}}\]
a = pecutan
v = halaju akhir
u = halaju awal
t = masa

Berjaga-jaga!
t ialah masa yang diambil oleh perubahan halaju dari halaju awal ke halaju akhir.

Contoh:

Pita detik di dalam rajah di atas dihasilkan oleh sebuah kereta mainan yang bergerak di atas satu landasan condong. Jika jangka masa detik yang digunakan menghasilkan 50 titik dalam satu saat, kira pecutan kereta mainan itu.

Jawapan
:
Untuk mencari pecutan, kita perlu menentukan halaju awal, halaju akhir dan masa yang diambil oleh perubahan halaju berkenaan.Halaju awal,

\[\begin{array}{l}
u = \;\frac{s}{t}\;\;\\
= \;\frac{{3cm}}{{0.02s}}\;\; = 150cm\;s{\;^{ – 1}}
\end{array}\]

v= s t = 0.5cm 0.02s =25cm s 1

Masa yang diambil oleh perubahan halaju,
t = (0.5 + 4 + 0.5) ticks = 5 ticks
t = 5 × 0.02s = 0.1s

Pecutan,

a= vu t a= 25150 0.1 =1250cm s 1

Contoh:

Sebuah troli ditolak menaiki satu cerun. Rajah di atas menunjukkan carta pita detik yang menunjukkan gerakan troli itu. Dalam carta itu, setiap keratan pita detik terdiri daripada 5 detik. Jika jangka masa detik itu menghasilkan 50 titik dalam satu saat, tentukan pecutan troli itu.

Jawapan:
Untuk mencari pecutan, kita perlu menentukan halaju awal, halaju akhir dan masa yang diambil oleh perubahan halaju berkenaan.Halaju awal,

u= s t = 5cm 0.1s =50cm s 1

Halaju akhir

v= s t = 1cm 0.1s =10cm s 1

Masa yang diambil oeleh perubahan halaju,
t = (2.5 + 5 + 5 + 5 + 2.5) ticks = 20 ticks
t = 20 × 0.02s = 0.4s

Pecutan,

a= vu t a= 1050 0.4 =100cm s 1

Leave a Comment