Mencari Arus Elektrik di Dalam Litar Selari

Dalam litar selari, beza keupayaan (V) merentasi setiap perintang adalah sama dengan d.g.e. (E) jika rintangan dalam sel diabaikan.

Dengan menggunakan Hukum Ohm

Contoh 1:

Bagi rajah di atas,
a. Cari bacaan ammeter.
b. Cari arus di setiap perintang.

Jawapan:
a.
Rintangan berkesan bagi 2 perintang selari

Beza keupayaan merentasi kedua-dua perintang, V = 3V

Bacaan ammeter = 1.5A
b.
Arus di dalam perintang 3Ω,

Arus di dalam perintang 6Ω,

Contoh 2

Rajah di atas menunjukkan 3 perintang yang sama disambungkan secara selari dalam litar. Diberi rintangan setiap perintang adalah 6Ω. Cari bacaan semua ammeters pada rajah di atas.

Jawapan:
Beza keupayaan merentasi perintang-perintang itu,
V = 6V
Bagi ammeter A,
Rintangan setara, R = 6/3 = 2Ω.

V=IR
(6)=I(2)
I=3A

Bagi ammeter A1,
V=IR
(6)=I(6)
I=1A

Bagi ammeter A2,
V=IR
(6)=I(6)
I=1A

Leave a Comment