Kaca dan Seramik
Kaca
- Kaca merupakan campuran dua atau lebih jenis silikat logam di mana komponen utamanya ialah silikon (IV) dioksida.
- Kaca mempunyai ciri-ciri berikut:
- Lutsinar dan tidak berliang
- Tidak aktif secara kimia
- Boleh dibersihkan dengan mudah
- Penebat haba dan elektrik yang baik
- Keras tetapi rapuh
- Boleh menahan mampatan tetapi tidak menahan tekanan
Kaca Soda Kapur
Dihasilkan dengan memanaskan campuran silikon dioksida (pasir) dengan kalsium karbonat (kapur) dan natrium karbonat.
Komposisi:
SiO2 – 70%,
Na2O – 15%,
CaO – 10%,
Lain-lain – 4%
Ciri-ciri:
- Takat lebur yang rendah (700 ° C)
- Mudah dibentuk
- Murah
- Senang pecah
- Tidak tahan haba yang tinggi
Kegunaan:
Bekas kaca, panel kaca, cermin, lampu dan mentol, pinggan dan mangkuk, botol
Kaca Plumbum
Dihasilkan dengan memanaskan campuran silikon dioksida (pasir) dengan oksida plumbum dan kalium hidroksida.
Komposisi:
SiO2 – 70%,
Na2O – 20%,
PbO – 10%
Ciri-ciri:
- Ketumpatan tinggi dan indeks biasan yang tinggi
- Permukaan berkilau
- Lembut
- Takat lebur rendah (600 ° C)
Kegunaan:
Bekas untuk minuman dan buah-buahan, kaca dan lampu hiasan, alat-alat kaca kristal, kanta untuk cermin mata
Kaca Borosilikat
Komposisi:
SiO2 – 80%,
B2O3 – 13%,
Na2O – 4%,
Al203 – 2%
Ciri=ciri:
- Tahan terhadap haba tinggi dan tindak balas kimia.
- Tidak mudah rosak
- Membenarkan sinar infra-merah melaluinya tetapi menghalang sinar ultra ungu
Kegunaan:Alat-alat kaca di makmal, perkakas memasak
Kaca Silika Terlakur
Dihasilkan dengan memanaskan silikon tetraklorida pada suhu tinggi dengan kehadiran oksigen.
Komposisi:
SiO2 – 99%,
Lain-lain- 1%
Ciri-ciri:
- Takat lebur yang tinggi (1700 ° C)
- Mahal
- Membolehkan cahaya ultraungu melaluinya
- Tahan haba tinggi
Kegunaan:
Alat-alat sains seperti kanta, spektrometer, kanta optik, alat radas makmal