Penggunaan Baru Kaca dan Seramik
Kaca Fotokromik
- Kaca fotokromik sangat sensitif terhadap cahaya.
- Ia menjadi gelap di hadapan cahaya terang dan menjadi cerah ketika jumlah cahaya matahari berkurang.
Kaca konduktif
- Kaca konduksif ialah sejenis kaca yang boleh menkonduksikan elektrik.
- Ia diperolehi dengan menyadur satu lapisan bahan kunduktor (biasanya indium stanum(IV) oksida) yang nipis di permukaan kaca, .
- Ia digunakan dalam pembuatan Paparan Cecair Kristal (LCD)
Blok Enjin Kereta
- Apabila tanah liat dipanaskan dengan magnesium oksida, seramik yang dihasilkan mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi.
- Bahan ini digunakan untuk membina blok enjin di dalam kereta kerana ia dapat menahan suhu tinggi.
Superkonduktor
- Superkonduktor ialah konduktor elektrik yang mempunyai rintangan elektrik yang hampir sifar (0). Oleh itu, konduktor ini boleh mengurangkan kehilangan tenaga elektrik dalam bentuk haba.
- Yttrium barium kuprum oksida ialah sejenis superkonduktor seramik
- Superkonduktor digunakan untuk membuat magnet yang ringan tetapi beribu-ribu kali lebih kuat daripada magnet biasa.