Pengenalan Kepada Alkana
- Alkana ialah satu siri homolog bagi sebatian yang mempunyai formula am CnH2n+2, n = 1, 2, 3, ……
- Alkana ialah hidrokarbon tepu, iaitu atom-atom karbon terikat antara satu sama lain oleh ikatan kovalen tunggal sahaja.
- Oleh itu, dalam molekul alkana, setiap atom karbon terikat kepada empat atom lain ( sama karbon atau hidrogen ) melalui ikatan kovalen tunggal.
Penamaan Ahli-ahli Alkana
- Nama bagi setiap alkana berakhir dengan imbuhan akhiran “ana”.
- Semua sebatian karbon dinamakan mengikut bilangan atom karbon yang terdapat di dalam molekulnya.
- Mengikut sistem penamaan ini, nama sebatian karbon terdiri daripada dua bahagian, iaitu nama dasar dan imbuhan akhiran.
- Nama dasar memberi maklumat bilangan atom karbon di dalam molekul.
- Imbuhan akhiran memberitahu Siri homolog sebatian itu.
Contohnya:
Etana ialah sejenis alkana. Nama dasar “et” menunjukkan bahawa terdapat dua atom karbon di dalam molekulnya. Imhunan akhiran “ana” pula menunjukkan ia adalah ahli di dalam siri homolog alkana. - Imbuhan berikut digunakan untuk menamakan ahli-ahli siri itu mengikut bilangan atom-atom karbon dalam molekul.
Bilagan karbon | Imbuhan | Bilangan Karbon | Imbuhan |
1 | met | 7 | hept |
2 | et | 8 | okt |
3 | prop | 9 | non |
4 | but | 10 | dek |
5 | pent | 11 | hendek |
6 | heks | 12 | dodek |
Nama Bagi 8 Alkana Pertama
Jadual di bawah menunjukkan formula molekul dan nama bagi lapan alkana yang pertama
Bilangan Karbon | Formula Molekul | Nama |
---|---|---|
1 | CH4 | Metana |
2 | C2H6 | Etana |
3 | C3H8 | Propana |
4 | C4H10 | Butana |
5 | C5H12 | Pentana |
6 | C6H14 | Heksana |
7 | C7H16 | Heptana |
8 | C8H18 | Oktana |