- Formula ammonia ialah NH3
- Ammonia ialah sebatian yang sangat berguna dalam industri.
Penggunaan Ammonia
- Dalam Industri sebahagian besar ammonia digunakan dalam pembuatan baja bernitrogen. Misalnya
Ammonium sulfat
tindak balas ammonia dengan asid sulfurik
2NH3 + H2SO4 → (NH4)2SO4
Ammonium nitrat
tindak balas ammonia dengan asid nitrik
NH3 + HNO3 → NH4NO3 - Kegunaan utama ammonia yang lain:
- Sebagai penyejuk dalam peti sejuk
- Membuat asid nitrik dalam proses Ostwald
- Membuat bahan letupan (dari asid nitrik)
- Mencegah susu getah membeku (untuk menyimpan susu getah dalam bentuk cecair)
- Menghasilkan ammonium klorida (elektrolit dalam pembuatan sel kering)