- Gelombang dibentuk oleh satu siri ayunan/getaran yang berturutan.
- Untuk memahami gelombang, kita perlu memahami ayunan terlebih sahulu.
Istilah-istilah Berkaitan Dengan Ayunan
Kedudukan Keseimbangan
Kedudukan keseimbangan ialah titik di mana objek berayun mengalami daya paduan sifar (semua daya bertindak dalam keseimbangan).Ayunan Lengkap
- Satu ayunan lengkap berlaku apabila objek berayun:
Amplitud
- Amplitud ialah sesaran maksimum objek dari kedudukan keseimbangannya. Unit SI untuk amplitud adalah meter, m.
- Semakin besar amplitud, semakin besar tenaga mekanik yang dimiliki oleh sistem berayun.
Kala
- Kala ditakrifkan sebagai masa yang diperlukan untuk satu ayunan atau getaran lengkap.
Frekuensi
- Frekuensi, f ialah bilangan ayunan yang berlaku dalam satu saat. Unit SI untuk frekuensi adalah Herz (Hz).
- Frekuensi boleh dihubungkaitkan dengan kala dengan persamaan berikut