Frekuensi Asli
Frekuensi asli satu sistem berayun ialah frekuensi sistem apabila tidak ada daya luar yang bertindak di atasnya.
Pelembapan dan Ayunan Paksaan
Pelembapan
- Pelembapan ialah penyusutan amplitud sistem berayun.
- Satu sistem berayun mengalami pelembapan apabila tenaganya hilang ke sekitarnya sebagai tenaga haba.
- Biasanya, frekuensi sistem tidak berubah semasa pelembapan.
(Graf Sesaran-Masa bagi ayunan yang mengalami pelembapan) |
(Graf Amplitud-Masa bagi ayunan yang mengalami pelembapan) |
Jenis Pelembapan
Pelembaban boleh dibahagikan kepada:
- pelembaban luaran, di mana sistem berayun kehilangan tenaga untuk mengatasi daya geseran atau rintangan udara yang bertindak di atasnya.
- pelembaban dalaman, di mana sistem berayun kehilangan tenaga kerana pemanjangan dan pemampatan molekul dalam sistem.
Ayunan Paksaan
- Dalam satu ayunan yang mengalami pelembapan, daya luaran mesti dikenakan ke atas sistem untuk membolehkan ayunan diteruskan.
- Ayunan dengan bantuan daya atau daya luaran dinamakan ayunan paksaan.