Barometer Ringkas
- Barometer merkuri ringkas terdiri daripada suatu tiub kaca berdinding tebal yang panjangnya lebih kurang 100 cm.
- Tiub kaca diisi penuh dengan merkuri dan kemudian ditelangkupkan supaya satu hujungnya dimasukkan ke dalam suatu bekas yang berisi merkuri.
- Pada aras laut, aras merkuri dalam tiub kaca akan jatuh sehingga lebih kurang 76 cm di atas aras merkuri dalam bekas.
- Turus merkuri 76 cm ini disokong oleh tekanan atmosfera, maka 1 tekanan atmosfera = 76 cm merkuri.
Cara Mengguna Barometer Merkuri Ringkas
Characteristics of the Mercury Barometer
- Tinggi tegak turus merkuri dalam barometer merkuri ringkas tetap sama dengan 76 cm pada aras laut walaupun tiub dicondongkan seperti ditunjukkan dalam Rajah di atas.
- Tinggi tegak turus merkuri dalam barometer merkuri ringkas juga tidak dipengaruh oleh diameter tiub dan panjang tiub.