Penamaan Alkohol
- Semua ahli homolog alkohol mempunyai akhiran ‘anol’. Sebagai contoh, metanol, etanol, propanol ……
- Penamaan alkohol adalah sama seperti alkana, berdasarkan bilangan atom karbon dalam molekul, tetapi akhiran ‘ana’ dalam penamaan alkana digantikan dengan akhiran ‘anol’.
- Kedudukan kumpulan alkil dan hidroksil yang terikat pada rantai karbon ditunjukkan dengan penomboran atom karbon.
- Kumpulan hidroksil mesti selalu mendapat nombor terkecil yang mungkin.
Contoh 1
(Propan-2-ol)
Rantai paling panjang: 3 carbon (propanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 2
Alkil: –
Contoh 2
(Pentan-1-ol)
Rantai paling panjang: 5 carbon (pentanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 1
Alkil: –
Contoh 3
(2-metilpropan-2-ol)
Rantai paling panjang: 3 carbon (propanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 2
Alkil: Metil di karbon ke-2
Contoh 4
(3-metilbutan-1-ol)
Rantai paling panjang: 4 carbon (butanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 1
Alkil: Metil di karbon-3
Contoh 5
(2,2-dimetilpropan-1-ol)
Rantai paling panjang: 3 carbon (propanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 1
Alkil: 2 Metil, kedua-dua di karbon ke-2
Kegunaan Alkohol
Alkohol boleh digunakan sebagai
- Minuman
- Bahan api
- Pelarut
- Antiseptik