- Ester ialah sebatian organik bukan hidrokarbon yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
 - Ia terbentuk apabila asid karboksilik bertindak balas dengan alkohol.
 
Formula Am:
CmH2m + 1COOCnH2n + 1
Di mana
m = 0, 1, 2, 3
n = 1, 2, 3
Contoh
| Ester | Formula | 
|  Metil metanoat (m=0, n=1)  | HCOOCH3 | 
|  Etil metanoat (m=1, n=1)  | CH3COOCH3 | 
|  Etil etanoat (m=1, n=2)  | CH3COOC2H5 | 
|  Propil etanoat (m=2, n=2)  | C2H5COO C2H5 | 
Kumpulan berfungsi:
Pembentukan:
- Ester dihasilkan apabila asid karboksilik bertindak balas dengan alkohol dengan kehadiran asid sulfurik pekat sebagai mangkin.
 - Tindak balas ini dipanggil tindak balas pengesteran.
 
Sifat Fizik Ester
- Ester mempunyai ciri-ciri berikut:
- Mempunyai wangi yang serupa dengan buah-buahan
 - Tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik
 - Takat mendidih yang rendah
 - Kurang tumpat daripada air
 - Cecair tidak berwarna
 - Tidak meruap
 
 - Dalam alam semulajadi, ester boleh ditemui di dalam tumbuhan.
 
Kegunaan Ester dalam Kehidupan Harian
- Sebagai perisa makanan
 - Sebagai pewangi dalam sabun dan detergen
 - Untuk membuat barangan kosmetik (minyak wangi)
 - Untuk membuat ubat
 
