Formula Molekul dan Formula Struktur
- Formula molekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan setiap jenis atom unsur yang sebenarnya terdapat di dalam satu molekul. Contohnya, formula molekul etanol ialah CH3COOH.
- Formula struktur ialah formula yang menunjukkan cara atom atom dalam suatu molekul diikat antara satu dengan yang lain melalui ikatan kovalen. Contohnya, formula struktur etanol ialah
Menulis formula struktur
Hukum-hukum yang perlu dipatuhi
- Semua atom diikat bersama oleh ikatan kovalen yang diwakili oleh garis lurus. Ikatan itu mungkin ikatan tunggal, ikatan ganda dua atau ikatan ganda tiga.
- Bilangan ikatan kovalen yang ada pada setiap atom adalah seperti berikut
- Hidrogen: 1 ikatan
- Karbon: 4 ikatan
- Oksigen: 2 ikatan
Langkah-langkah menulis formula struktur alkana:
Langkah 1: Tentukan bilangan karbon di dalam molekul ( katakan tiga atom karbon)
Langkah 2: Lukis semua atom karbon dalam satu baris kemudian melukis ikatan-ikatan kovalen yang menyambung atom-atom karbon itu
Langkah 3: Lengkapkan ikatan di atom-atom karbon supaya setiap atom karbon mempunyai 4 ikatan kovalen
Langkah 4: Lengkapkan atom-atom hidrogen di hujung setiap ikatan kovalen yang tidak terikat.
Langkah 5: Pastikan setiap atom karbon mempunyai 4 ikatan kovalen tunggal dan setiap hidrogen mempunyai satu ikatan kovalen tunggal.