- Getah asli ialah polimer semulajadi.
- Latex ialah sejenis cecair menyerupai susu yang diperolehi daripada pok0k getah. Latex adalah satu campuran zarah-zarah getah dan air.
- Formula molekul getah asli adalah (C5H8)n, di mana n adalah kira-kira 10,000.
- Monomer getah asli ialah C5H8, yang dikenali sebagai 2-metilbut-1,3-diene (isoprena).
- Setiap molekul monomer getah mempunyai 2 ikatan ganda dua yang dikenali sebagai -diene.
Pembekuan Latex
- Setiap zarah getah terdiri daripada molekul getah yang dibungkus oleh satu lapis membran protein.
- Membran protein mempunyai cas negatif di permukaan luarnya.
- Cas yang sama aka menolak. Oleh itu, daya tolakan wujud di antara zarah-zarah getah yang menyebabkan zarah-zarah mini dipisahkan antara satu sama lain.
- Ini menghalang pembentukan ikatan antara zarah-zarah getah dan seterusnya menghalang pembekuan getah.
- Walau bagaimanapun, lateks boleh dibekukan jika:
- asid seperti asid etanoik ditambah kepadanya.
- Apabila asid ditambahkan ke dalam latex, ion-ion hidrogen dari asid meneutralkan cas negatif pada permukaan membran protein.
- Zarah-zarah neutral ini tidak lagi menolak antara satu sama lain.
- Zarah-zarah getah ini boleh bertembung antara satu sama lain, menyebabkan membrannya dipecahkan.
- Akibatnya, polimer getah dibebaskan dan mereka bergabung bersama untuk membentuk sekumpulan besar polimer getah. Dengan ini, getah membeku.
- Apabila asid ditambahkan ke dalam latex, ion-ion hidrogen dari asid meneutralkan cas negatif pada permukaan membran protein.
- Lateks dibiarkan selama 1 – 2 hari. Ini disebabkan tindakan bakteria pada lateks. Aktiviti bakteria dalam lateks menghasilkan asid laktik yang mengandungi ion-ion hidrogen yang menyebabkan pembekuan susu getah.
- Pembekuan lateks boleh dicegah dengan menambah alkali ke dalamnya. Ion-ion OH– dari alkali akan meneutralkan sebarang asid yang boleh dihasilkan oleh bakteria.