Hidrokarbon
- Hidrokarbon ialah sebatian organik yang mengandungi unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja.
- Contoh-contoh hidrokarbon ialah alkana alkena dan alkuna.
- Hidrokarbon boleh dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu
- Hidrokarbon tepu
Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon di mana semua atom karbonnya diikat oleh ikatan tunggal sahaja. Contohnya, alkana. - Hidrokarbon tidak tepu
Hidrokarbon tak tepu ialah hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua atau ganda tiga di antara atom-atom karbonnya. Contohnya, alkena.
- Hidrokarbon tepu
- Ethanol ( C2H5OH ), asid etanoik (CH3COOH), metil metanoat (HCOOCH3), klorometana (CH3Cl) bukan sebatian hidrokarbon kerana mereka mengandungi unsur-unsur bukan karbon dan hidrogen (oksigen dan klorin) di dalam molekulnya.
Penting!
Tepu: semua ikatan tunggal di antara atom-atom karbon
Tidak tepu: sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua/ ganda tiga di antara atom-atom karbon
Sumber-sumber Hidrokarbon
- Sumber sumber hidrokarbon yang utama ialah
- Petroleum
- Gas asli
- Arang batu
Perbandingan: Hidrokarbon Tepu dan Tak Tepu
Hidrokarbon Tepu | Hidrokarbon Tidak Tepi | |
Pembakaran | Menghasilkan sedikit jelaga | Menghasilkan lebih banyak jelaga |
+ Air Bromin | Warna perang air bromin tidak berubah. | Warna perang air bromin dilunturkan. |
+ Larutan Kalium Permanganat (VII) | Warna ungu larutan kalium permanganat (VII) tidak berubah. | Warna ungu larutan kalium permanganat (VII) dilunturkan. |
Pembakaran Hidrokarbon
- Semua hidrokarbon terbakar di dalam oksigen menghasilkan karbon dioksida ( atau karbon monoksida) dan air.
- Terdapat 2 jenis pembakaran
- Pembakaran lengkap – Pembakaran dengan oksigen yang mencukupi menghasilkan karbon dioksida (CO2 )dan air (H2O).
- Pembakaran tidak lengkap – Pembakaran dengan bekalan oksigen yang terhad menghasilkan karbon (jelaga), karbon monoksida(CO), karbon dioksida(CO2) dan air(H2O).
Contoh
Pembakaran Lengkap
C2H6 + 7/2 O2 → 2CO2 + 3H2O
C3H6 + 9/2 O2 → 3CO2 + 3H2O
Pembakaran Tidak Lengkap
C2H6 + 5/2 O2 → 2CO + 3H2O
C2H6 + 3/2 O2 → 2C + 3H2O
C3H6 + 3O2 → 3CO + 3H2O
C3H6 + 3/2 O2 → 3C + 3H2O
Nota Penting:
- Kuantiti jelaga yang dihasilkan daripada pembakaran hidrokarbon bergantung kepada peratus karbon bagi hidrokarbon itu.
- Semakin tinggi peratus karbonnya, semakin banyak jelaga dihasilkan.