Impuls dan Daya Impuls

Impuls

  1. Hasil darab daya F dengan masa tindakannya t dikenali sebagai impuls suatu daya.
    Impuls = Ft
  2. Impuls yang dikenakan ke atas suatu objek adalah sama dengan perubahan momentum objek itu.
    Impuls = perubahan momentum = mv – mu
  3. Impuls ialah kuantitik vektor.

Contoh:
Sebiji bola besi berjisim 0.4kg berada dalam keadaan pegun di atas meja yang licin. Bola itu kemudian diberi satu impuls sebanyak 5.0 Ns secara mendatar. Berapakah halaju bola itu selepas tindakan itu?

Jawapan:
Impuls = mv – mu
(5.0) = (0.4)v – (0.4)(0)
0.4v = 0.5
v = 1.25 m/s

Halaju bola selepas tindakan = 1.25 m/s

Daya Impuls

  1. Daya impuls ditakrifkan sebagai kadar perubahan momentum terhadap masa tindakan yang singkat bagi suatu objek yang bergerak. Secara matematik, ini ditulis sebagai
  2. Ia adalah daya yang dikenakan ke atas suatu objek dalam jangka masa yang singkat semasa perlanggaran atau letupan.

Contoh:
Sebuah kereta berjisim 1000kg bergerak dengan halaju 25 m/s. Kereta itu melanggar  tiang lampu jalan dan berhenti dalam masa 0.05 saat. Berapakah daya impuls yang dikenakan ke atas kereta itu dalam perlanggaran ini.

Jawapan:
m = 1000kg
u = 24 m/s
v = 0
t = 0.05s


Kesan Tindakan Impuls/ Daya Impuls

  1. Daya yang dikenakan ke atas suatu objek menentukan pecutan objek itu. Semakin besar daya itu, semakin tinggi pecutan objek itu.
  2. Impuls yang dikenkan ke atas suatu objek pula menentukan perubahan halaju objek itu. Semakin besar impuls yang dikenakan, semakin besar perubahan halaju objek yang dialami oleh objek itu.

    Leave a Comment