Inersia

Jisim

  1. Jisim ditakrifkan sebagai kuantiti jirim.
  2. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg)
  3. Jisim ialah kuantiti skalar.

Inersia

Inersia suatu objek ialah sifat semula jadinya yang menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan rehat atau keadaan gerakan.

Situasi Tentang Inersia

Keadaan Asal Objek yang Pegun

Situasi 1

Apabila kadbod disentap dengan cepat, duit syiling jatuh terus ke dalam gelas.

Penerangan:

  • Inersia duit syiling menentang usaha untuk menggerakannya ke tepi dan mengekalkan keadaan pegunnya.
  • Oleh itu, duit syiling tidak bergerak bersama kadbod tetapi jatuh ke dalam gelas selepas kadbod dialihkan.


    Situasi 2


    Apabila sebuah buku disentap dari selonggok buku, buku yang lain di atasnya akan jatuh ke bawah.

    Penerangan:

    • Inersia buku-buku yang pegun di atas cuba menentang perubahan ke atas keadaan asalnya.
    • Oleh itu, apabila buku tengah disentap, buku-buku di atas tidak bergerak ke sisi tetapi jatuh ke bawah.

    Menarik Benang

    1. Benang ditarik perlahan-lahan – Benang A akan putus.

    Penerangan:

    • Tegangan pada benang A lebih tinggi daripada benang B.
    • Tegangan benang A = Berat beban + daya tarikan.
    • Tali A akan putus jika daya yang dikenakan ke atasnya melebihi had daya yang boleh ditanggung.

    2. Benang disentak – Benang B akan putus.

    Penerangan:

    • Akibat daripada kesan inersia pada beban, daya tarikan yang dikenakan tidak disampaikan kepada benang A.
    • Akibatnya, benang B terputus  jika daya yang dikenakan ke atasnya melebihi had daya yang boleh ditanggung.

    Hubungkait Antara Jisim dan Inersia

    Baldi yang penuh dengan pasir adalah lebih sukar digerakkan daripada keadaan pegun dan juga lebih sukar dihentikan daripada berayun.

    Penerangan:

    • Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar kesan inersianya.
    • Akibattnya, semakin susah objek itu mengubahkan keadaan pegun atau gerakannya.


      Troli kosong lebih senang digerak dan dikawal


      1. Troli yang kosong lebih senang digerakan berbanding dengan troli yang penuh.
      2. Ini adalah kerana troli yang penuh mempunyai jisim yang lebih besar. Oleh itu, kesan inersianya juga lebih besar.
      3. Akibatnya, troili yang penuh lebih susah mengubahkan keadaan pegun atau gerakannya.

      Kesimpulan

      1. Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek itu.
      2. Jisim merupakan halangan kepada pergerakan. Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin sukar ia digerakan.
      3. Tanpa tindakan daya paduan, suatu objek mungkin dalam 2 keaadaan gerakan.
        1. Pegun
        2. Bergerak dengan halaju malar dalam garis lurus

      Leave a Comment