Carta di bawah menunjukkan langkah-langkah dalam membuat kajian saintifik.
Inferens:
Inferens adalah satu kenyataan yang menyatakaan hubungan di antara 2 kuantiti yang diperhatikan dalam satu eksperiment.
Hipotesis:
- Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah.
- Kebenarannya satu hipotesis hendaklah diuji melalui eksperimen.
- Apabila dibuktikan benar, hipotesis ini akan diserapkan ke dalam teori dan hukum.
Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah ialah kuantiti di mana nilainya boleh berubah. Terdapat 3 jenis pemboleh ubah
- Pemboleh ubah dimanipulasikan: Pemboleh ubah dimanipulasikan ialah faktor yang sengaja diubahkan dalam satu ekperimen untuk melihat kesanya ke atas pembolehubah bergerak balas.
- Pemboleh ubah bergerak balas: Kuantiti fizik yang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimen.
- Pemboleh ubah dimalarkan: Kuantiti fizik yang lain dan perlu ditetapkan atau dimalarkan dahulu sebelum menyiasat hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
Menjadualkan Data
Jadual yang lengkap mesti mempunyai ciri-ciri berikut
- Nama atau simbol pembolehubah mesti dilabelkan dengan betul beserta dengan unit.
- Semua bacaan mesti mempunya kejituan yang sama (bilangan nombor perpuluhan yang sama).
- Kejituan bacaan mesti selaras dengan kepekaan alat-alat pengukur.
Melukis Graf
- Graf digunakan untuk menganalisa hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah.
- Graf yang lengkap mesti mempunya ciri-ciri berikut:
- Tajuk yang menunjukkan hubungan di antara 2 pembolehubah
- dua paksi yang lengkap dengan label dan unit.
- graf yang dilukjis mesti lebih besar daripada 50% kertas graf,
- skala yang bersesuaian (1:1 x 10x, 1:2 x 10x and 1:5 x 10x)
- semua titik diplotkan dengan betul,
- garis/lengkungan yang seimbang