Kesan Medan Elektrik pada Bola Ping Pong yang Disaluti Bahan Konduktor
- Rajah di atasĀ menunjukkan sebiji bola ping-pong bersalut logam yang digantung di tengah-tengah dua plat logam yang disambungkan kepada terminal positif dan negatif bekalan Voltan Lampau Tinggi (V.L.T.)
- Cas yang bertentangan (positif dan negatif) diaruhkan pada permukaan bola. Oleh kerana daya elektrik yang bertindak pada bola ping-pong mengimbangi antara satu sama lain. Maka, bola ping-pong kekal berada di tengah-tengah.
- Apabila bola ping-pong disesarkan untuk menyentuh plat positif, bola ping-pong itu menjadi bercas positif. Oleh kerana cas yang sama menolak, bola itu akan ditolak ke arah plat negatif.
- Apabila bola ping-pong bersentuh dengan plat negatif, cas positif pada bola ping-pong akan dineutralkan oleh cas negatif pada plat negatif. Kemudian, ia menjadi bercas negatif. Sekali lagi, cas yang sama menolak, bola itu akan ditolak ke arah plat positif.
- Proses ini diulangi. Bola ping pong itu akan berayun di antara kedua-dua plat logam itu.