Kuasa Elektrik

Kuasa

  1. Kuasa elektrik, P ditakrifkan sebagai kadar tenaga yang dibekalkan kepada litar (atau kadar kerja yang dilakukan) oleh satu sumber elektrik.
  2. Unit kuasa elektrik adalah Watt (W).
  3. Kuasa satu Watt adalah sama dengan 1 Joule kerja dilakukan dalam satu saat.
  4. Kuasa elektrik satu komponen dalam  litar elektrik boleh didapati dari persamaan berikut:

    Di mana
    P = kuasa
    T = masa
    I = arus
    V = beza keupayaan
    R = rintangan

Contoh 1:
Arus 0.50A mengalir melalui perintang 100Ω. Berapakah kuasa terlesap dalam perintang itu?

Jawapan:

Contoh 2
Diberi satu saterika elektrik mempunyai elemen pemanas berintangan 50Ω. Sekiranya arus mengalir melaluinya adalah 4A, hitung tenaga haba yang dihasilkan dalam 2 minit.

Jawapan:
Kuasa saterika,

Tenaga haba dihasilkan,

Contoh 3
Berapakah kuasa yang terlesap dalam mentol 4Ω yang disambungkan kepada satu bateri 12V? Berapakah kuasa yang terlesap dalam mentol 2Ω yang disambungkan kepada bateri yang sama? Mentol mana lebih cerah?

Jawapan:
Anggap bahawa mentol adalah perintang

Kuasa terlesap dalam perintang 4Ω,

Kuasa terlesap dalam perintang 2Ω,

Kuasa mentol 2Ω lebih tinggi, oleh itu ia lebih terang.

[Kesimpulan: Semakin rendah rintangan satu beban/perintang dalam litar, semakin besar kuasa terlesap melalui beban itu]

Contoh 4

Satu bateri unggul dengan d.g.e 12 V disambungkan secara bersiri kepada dua mentol berintangan R1 = 4Ω dan R2 = 2Ω. Berapakah arus dalam litar dan kusa dilesapkan di dalam setiap mentol?

Jawapan:
Beza keupayaan merentasi kedua-dua perintang, V = 12V
Rintangan setara kedua-dua perintang, R = 4 + 2 = 6Ω
Arus di dalam litar,

Kuasa dilesapkan dalam R1

Kuasa dilesapkan dalam R2

[Kesimpulan: Dalam sambungan bersiri, semakin besar rintangan perintang, semakin besar kuasa dilesapkan]

Contoh 5

Rajah di atas menunjukkan beberapa sel unggul disambungkan selari dengan dua perintang berintangan 2Ω dan 4Ω masing-masing. Cari kuasa yang hilang dalam
a. perintang 4Ω
b. perintang  2Ω

Jawapan:
a. Beza keupayaan merentasi kedua-dua perintang = 12V
Kuasa perintang 2Ω,

b.
Kuasa perintang 4Ω,

[Kesimpulan: Dalam sambungan yang selari, semakin rendah rintangan, semakin besar kuasa perintang.]

Leave a Comment