Manometer
- Manometer terdiri daripada suatu tiub bentuk-U yang mengandungi suatu cecair dengan ketumpatan ρ kgm-3 .
(Rajah 1) - Seperti ditunjukkan di dalam Rajah 1, apabila kedua dua hujung tiub bentuk U didedahkan kepada atmosfera, aras cecair pada lengan A dan lengan B adalah sama kerana dikenakan tekanan atmosfera yang sama.
(Rajah 2) Untuk menyukat tekanan suatu bekalan gas, lengan A disambung kepada bekalan gas itu (Rajah 2).
- Tekanan gas yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera menolak aras cecair A ke bawah, maka aras cecair B naik ke atas.
- Tekanan gas dalam tangki dapat dihitungkan dengan menggunakan persamaan berikut
Pgas = Patm + hρg
Pgas = Tekanan gas
Patm = tekanan atmosfera
ρ = ketumpatan cecair
g = kekuatan medan graviti Bumi
h = beza tinggi aras cecair
Nota:
- Beza tekanan gas pada paras yang berlainan dalam udara dapat diabaikan.
- Bagi jenis cecair yang sama, tekanan adalah sama jika paras cecair adalah sama.
- Bagi jenis cecair berlainan yang mempunyai ketumpatan yang berlainan, tekanan dalam cecair adalah berbeza walaupun pada aras yang sama.
- Tekanan di permukaan cecair adalah sama dengan tekanan gas bagi gas terdedah.
- Tekanan yang dihasilkan oleh cecair = hρg