Mencari Arus Elektrik di Dalam Litar Bersiri

  1. Dalam litar bersiri, arus melalui setiap perintang sama dengan arus melalui keseluruhan litar.
  2. Beza keupayaan (V) di seluruh litar sama dengan d.g.e. (E) jika rintangan dalam diabaikan.
  3. Rintangan berkesan bagi keseluruhan litar, R = R1 + R2
  4. Dengan menggunakan Hukum Ohm

Contoh 1

Bagi litar dalam rajah di atas,
  1. Cari bacaan ammeter.
  2. Cari arus yang mengalir melalui perintang itu.

Jawapan:
a.
Beza keupayaan melintasi perintang 2Ω,
V = 12V
Rintangan, R =2Ω

V=IR
(12)=I(2)
I=6Ω

b.
Arus mengalir melalui perintang
= bacaan ammeter
= 6Ω

Contoh 2

Bagi litar di atas,
  1. Cari bacaan ammeter.
  2. Cari arus yang mengalir melalui setiap perintang.

Jawapan:
a.
Beza keupayaan merentasi kedua-dua perintang, V = 12V
Rintangan setara kedua-dua perintang, R =6Ω

V=IR
(12)=I(6)
I=2A

b.
Arus mengalir melalui perintang
= bacaan ammeter
= 2A

Leave a Comment