Menentukan Halaju daripada Pita Detik

Mencari Halaju
Halaju suatu gerakan boleh ditentukan dengan menggunakan pita detik dengan persamaan berikut:
\[v = \frac{s}{t}\]
v = halaju
s = sesaran
t = masa 

Berjaga-jaga!
t ialah masa dari titik pertama ke titik terakhir bagi jarak yang diukur.

Contoh:

Rajah di atas menunjukkan sekerat pita detik yang ditarik melalui satu jangka masa detik yang bergetar 50 kali dalam satu saat. Berapakah
a. masa yang diambil dari titik pertama ke titik terakhir dalam pita detik ini?
b. halaju purata bagi pergerakan ini?
Jawapan:
a.
Terdapat 15 detik di antara titik pertama dan titik terakhir, makaMasa yang diambil = 15 × 0.02s = 0.3s

b. Jarak yang dilalui = 15cm

\[\begin{array}{l}
v = \frac{s}{t}\\
v = \frac{{15}}{{0.3}} = 50cm{s^{ – 1}}
\end{array}\]

Leave a Comment