Menganalisis Gerakan

Jangka Masa Detik

  1. Jangka masa detik ialah satu alat yang digunakan dalam makmal untuk menentukan halaju dan pecutan sesuatu objek yang bergerak.
  2. Sumber kuasa yang digunakan oleh alat ini adalab arus ulangalik berfrekuensi 50 Hz. Apabila ia dihidupkan, jalur besi akan bergetar pada 50 kali sesaat.
  3. Rajah di bawah menunjukkan satu potongan pita detik dengan 5 detik padanya.

  4. Titik (dot) ialah titik hitam yang ditandakan pada pita detik hasil daripada getaran penggetar pada cakera karbon.
  5. Satu detik (tick) ialah satu sela masa di antara dua titik yang berturutan di atas pita detik.
  6. Misalnya dalam Rajah di atas, potongan pita detik itu mengandungi 6 titik dan 5 detik.
  7. Jika penggetar bergetar 50 kali sesaat, masa bagi satu detik adalah bersamaan dengan 1/50 saat, iaitu 0.02 saat.

Contoh:
Nyatakan bilangan detik bagi keratan pita detik berikut, seterusnya hitungkan masa yang dilalui oleh keratan pita detik itu jika arus ulang alik 50Hz digunakan.
a.

b.

c.

Jawapan:
a. Bilangan detik = 15, jangka masa = 15 x 0.02s = 0.3s

b. Bilangan detik = 5, jangka masa = 5 x 0.02s = 0.1s

c. Bilangan detik = 8, jangka masa = 8 x 0.02s = 0.16s

Jarak Di Antara Titik-tike Atas Pita Detik 

  1. Jarak di antara 2 titik dalm satu pita detik berturutan menunjukkan sesaran susuatu objek dalam satu detik.
  2. Jika objek itu bergerak pantas, jarak di antara titik-titik adalah berjauhan. Jika objek itu bergerak dengan perlahan, titik-titik itu adalah rapat antara satu sama lain.
  3. Rajah di bawah menunjukkan 2 pita detik yang yang dihasilkan oleh pergerakan dengan halaju rendah dan halaju tinggi..

Carta Pita Detik

  1. Jika kita memotong pita detik bagi satu gerakan dengan setiap keratan pita detik mempunyai bilang detik yang sama, kemudian melekatkan keratan pita-pita detik itu di atas sehelai kertas graf, maka ia akan menjadi satu carta graf.
  2. Rajah di bawah menunjukkan satu contoh carta jangka masa detik. Setiap pita detik mewakili masa pergerakkan 0.2s. Ini bermakna setiap keratan mewakilli satu jangka masa 0.2s.
  3. Carta jangka masa detik adalah amat berguna untuk menganalisa gerakan sesuatu objek.

Menganalisa Jangka Masa Detik

Halaju seragam
  • Jarak di antara semua dot adalah seragam.
  • Setiap keratan pita detik mempunyai panjang yang sama.
  • Ini bermakna oibek ini bergerak dengan halaju seragam
Pecutan Seragam
  • Jarak di antara titik bertambah dengan seragam.
  • Panjang pita detik juga bertambah dengan seragam.
  • Ini menunjukkan halaju objek itu juga bertambah dengan seragam.
  • Objek itu bergerak dengan pecutan seragam.

Nyahpecutan Seragam

  • Jarak di antara titik berkurang dengan seragam.
  • Panjang keratan pita detik juga menurun dengan seragam.
  • Ini menunjukkan halaju objek itu juga menurun dengan seragam.
  • Objek itu bergerak dengan nyah pecutan seragam.

Recommended Videos

Ticker tape Demo_2
Demonstration of how what is a ticker tape timer, how it works and how to set it up.

External Link
Physics Phenomena – Ticker Tape
Physics Classroom – Ticker tape Diagram

Interactive Animation
Using Ticker Tapes to Analyse Motion – Flash Presentation

Leave a Comment