- Pembiasan cahaya ialah fenomena pembengkokan cahaya apabila merambat dari satu medium lut sinar ke medium lut sinar yang berbeza ketumpatan optik.
- Halaju dan Arah cahaya berubah dalam medium yang berlainan.
- Cahaya bergerak dari medium kurang
tumpat ke medium lebih tumpat akan dibiaskan mendekati normal. - Sebaliknya, cahaya bergerak dari medium lebih tumpat ke medium kurang tumpat akan dibiaskan menjauhi normal.
- Bahan-bahan seperti kaca, air dan parafin mempunyai ketumpatan optik yang lebih tinggi daripada udara.